Sunday 9 December 2012

Kesetiaan Seorang Kekasih

kisah ini berkisah tentang seorang kekasih yang setia menanti kekasih hatinya sehingga genap satu tahun dengan penantian yang tak pasti. Hanya diiringi doa dan air mata apabila wujud rasa rindu yang semakin menebal di kalbu. Adakala kekasih itu merasa putus asa dan memikirkan untuk melepaskannya buat selama- lamanya. Tetapi, disebabkan rasa kasih, cinta dan kesetiaan terhadap kekasih hatinya. Perasaan untuk membenci kekasih hatinya tak pernah wujud. Seorang kekasih itu selalu bermonolog sendiri "adakah dia untukku, yaAllah?? Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkan lah hatinya dengan hatiku. Kekasih itu selalu mendoakan akan kebahagiaan kekasih hatinya walaupun tak pernah mengetahui keadaan kekasih hatinya.

Kisah ini bermula dengan seorang remaja yang baru mengenal dan mencuba untuk bercinta seperti pasangan lain. Sebelum ini remaja itu pernah bercinta dengan seorang lelaki yang satu sekolah dengan nya. Apabila remaja itu memutuskan untuk memutuskan hubungannya dengan lelaki itu,tiba-tiba pada malam itu lelaki itu menelefon remaja itu dengan esakkan tangisan yang kuat dan boleh didengari melalui telefon. Lalu, lelaki itu merayu kepada remaja itu agar tidak memutuskan hubungan mereka yang telah terjalin beberapa bulan yang lalu. Lantas remaja itu, tidak mempedulikan rayuan lelaki itu. Remaja itu terpaksa berbuat demikian kerana dengan niat tidak mahu menyakiti hati lelaki itu. Sebelum ini, remaja itu tidak pernah menyukai lelaki itu. Remaja itu menerima lelaki itu kerana terpaksa dan kasihan terhadap lelaki itu yang selalu mengejar remaja ini. First time lelaki itu tertarik kepada remaja itu ketika remaja itu sedang training olahraga di padang sekolah. Kemudian, selepas beberapa lama terpisah lama dan berjaya melupakan semua kenangan bersama lelaki itu.
            Setelah sekian lama menyepi, remaja itu telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang bernama A (bukan nama sebenar). Lelaki itu merupakan anak kepada seorang Tentera. Remaja itu pun merupakan anak kepada seorang Tentera juga. Lelaki itu baru sahaja berpindah di kawasan perumahan remaja itu. Selepas seminggu, pada suatu malam hujan turun dengan lebat dan berlaku banjir kilat dikawasan perumahan mereka. Pada malam itu, mula timbulnya satu perasaan yang sukar ditafsir dan tak pernah remaja itu terfikir bahawa mereka akan ada hubungan yang istimewa ketika terlihat lelaki yang berbaju hijau muda itu bersama ibunya keluar dari rumah mereka sedang menghalang air dari masuk kerumah mereka. Selepas kejadian malam itu, remaja itu selalu terfikirkan lelaki itu, disetiap pagi kedengaran suara lelaki itu sedang bermain badminton bersama adik lelaki nya. Setiap masa remaja itu selalu sahaja curi pandang kearah rumah lelaki itu melalui tingkap biliknya. Berlalunya hari demi hari, minggu ke minggu. Pada keesokkan harinya sedang remaja itu tekun belajar tiba-tiba lalunya wajah seorang wanita bersama anak lelaki yang aku kenali melalui hadapan kelas aku. Lantas aku memandang kearah lelaki disebelah wanita itu, dengan terkejutnya aku melihat rupa-rupanya lelaki yang lihat itu adalah lelaki yang sama yang baru sahaja berpindah di kawasan perumahan remaja itu. Dengan hati yang senang lagi gembira, remaja itu merasa sangat bertuah kerana menaruh minat untuk berkenalan dengan lelaki itu. Suasana didalam kelas remaja itu tiba-tiba menjadi riuh-rendah dengan kehadiran pelajar baru ke sekolah tersebut dan berada dalam satu tingkatan, hanya satu kelas sahaja yang memisahkan kelas remaja itu dengan kelas lelaki itu. Ketika itu, terdengar bisikan pelajar perempuan sedang berceloteh tentang lelaki itu namun remaja itu hanya berdiam diri sahaja. kerana tidak mahu turut sama meriuhkan kelas tersebut. Apabila tibanya waktu rehat, lelaki itu keluar dari kelasnya bersama kawan-kawannya dan melalui balcony kelas remaja itu. Dengan tidak sengaja remaja itu terpandang lelaki itu sedang berjalan melalui hadapan kelasnya. Sepanjang minggu persekolahan, remaja itu sering  bertemu dengan lelaki itu secara tidak sengaja tetapi kadangkala remaja itu sendiri akan melalui tangga lelaki itu. Semakin hari semakin bertambah minat remaja itu kepada lelaki itu.
        Pada suatu hari tibanya masa yang mana anak jiran hadapan rumah memberitahu bahawa lelaki itu suka kepada remaja itu dan ingin meminta nombor telefon remaja itu. Pada mulanya, remaja itu merasa berat untuk memberi nombor telefon tetapi disebabkan remaja itu menpunyai minat terhadap lelaki itu, lantas remaja itu memberinya. Pada malamnya, remaja itu menerima sms daripada lelaki itu, dan merasa sangat gembira dan bermula lah sesi perkenalan mereka melalui sms itu. Hari demi hari mereka menjadi semakin rapat dan terjalinlah ikatan sebagai seorang kawan.

































No comments:

Post a Comment

hehe,k0men banyak pun takpa